PUSAT PEMBINAAN LAMAN-WEB My-e-PKS™ UNTUK ORGANISASI ACARA ATAS-TALIAN
Salam Sejahtera
Selamat Datang ke laman web
e-Acara - Buyey.Net.
ACARA ATAS-TALIAN
e-Acara adalah suatu aktiviti atau sesuatu peristiwa, dimana pihak penganjur mengatur jemputan atau membuka suatu perhimpunan dijangka orang-ramai akan
berminat terhadap aktiviti yang dianjurkan di sesuatu tempat, pada tarikh dan masa tertentu diadakan secara atas-talian.
Penganjur akan mengatur beberapa aktiviti dan diantara fokus disini adalah mengenai aktiviti penempatan yang diperuntukkan kepada peniaga gerai atau kiosk yang akan diadakan
pada hari acara tersebut.
Peniaga telah dilantik akan mem-promosi juga mempersembahkan jualan kepada pengunjung yang datang membeli-belah secara atas-talian.
Para Penganjur atau Peniaga yang berminat untuk melakukan acara dan jualan secara atas talian, layari laman web ini seterusnya dan secara mudah akan dapat mewujudkan sistem yang berkualiti, mudah dan pantas.
Terdapat tiga kategori layaran bagi tujuan tersebut:
- ☛ Oleh Penganjur
- ☛ Oleh Peniaga
- ☛ Oleh pengguna
Sila layari kategori yang berkenaan dengan minat anda. Terdapat juga borang bagi penganjur dan peniaga sekiranya ingin mengadakan aktiviti acara secara atas talian.
Penganjur &
Platform
Penganjur adalah suatu individu atau organisasi yang menganjur dan mengurus sesuatu acara bagi mewujudkan suatu lantai/kawasan perniagaan untuk peniaga bagi melakukan beberapa aktiviti agar orang ramai berkunjung pada kebiasaannya untuk tujuan komersil secara atas-talian.
Platform
Lantai / Platform diwujudkan oleh penganjur melalui sistem kami, setelah dipertimbangkan untuk diadakan. Ianya suatu kawasan samada secara fizikal atau atas-talian telah di lakar kepada beberapa bahagian tapak-tapak atau lot-lot gerai/kiosk untuk jualan kepada pengunjung membeli-belah.
Diruangan ini disediakan borang untuk pihak penganjur mendaftar dan memberikan maklumat bertujuan bagi mewujudkan lantai acara secara atas talian.
Peniaga / Penjual / Usahawan
e-Outlets - e-Gerai - e-Kiosk
Peniaga Gerai atau Kiosk adalah nadi kepada sesuatu acara yang diadakan. Tanpa penglibatan peniaga, khasnya acara berbentuk komersil tidak akan lengkap dan tidak akan lebih meriah. Promosi dan jualan secara atas talian diwujudkan didalam sistem kami, dimana para peniaga boleh mempersembahkan produk-produk serta tawaran yang boleh menarik minat pembeli.
Didalam sistem atas-talian kami, pembinaan egerai/ekiosk telah di lengkapkan bersesuaian untuk tujuan tersebut. Dimana kami memberikan perkhidmatan yang mudah dan pantas seperti mewujudkan gerai/kiosk atas-talian kurang dari 24 jam, whatsapp order, paparan video, pemasaran, SEO dan banyak lagi.
Sila lakukan layaran seterusnya di ruangan ini dimana anda akan melihat borang penyertaan peniaga. Jika anda berminat, sila masukkan maklumat di ruangan yang disediakan.
Sila lihat contoh eGerai/eKiosk pada pautan dibawah.
Beli-Belah
Pengguna / Pembeli / Pengunjung
Orang ramai mendapat maklumat melalui pemasaran digital iaitu carian google, media sosial, artikel dan lain-lain.
Apabila pengguna memilih produk dan lokasi, pautan akan membawa pengguna ke gerai peniaga berkaitan dimana pengguna akan membuat pesanan melalui whatsapp.
Penghantaran
Penghantaran dalam radius yang ditentukan akan dilakukan sendiri oleh peniaga. sekiranya diluar radius penghantaran, pelanggan boleh memilih menggunakan khidmat
penghantaran pihak ketiga seperti food panda, grab food dan lain-lain. Untuk penghantaran jarak-jauh, pengguna boleh memilih khidmat penghantaran courier sekiranya
produk tersebut tiada masa lupus dalam tempoh penghantaran.
Bayaran melalui tunai Penghantaran (C.O.D.) atau Pindahan dana ke akaun bank.
Contoh struktur My-e-PKS™ disini ☛ e-Acara